![]() |
![]() Hello Fellas. Welcome to my awesome blog. I hope U likes my blog. I just make a simple blog. If U want to follow mine, Thanks. Insya Allah, I will folow u back soon. Visit mine. I will make a new entry when I have a free time :) Owner Stuffies Entries Friends ![]() Sila gunakan perkataan yang baik di shoutbox saya. Jangan memaki hamun sesuka hati. Jangan mengutuk saya. Thanks kepada yang mengikut peraturan. ![]() put your shoutbox !!
![]() ![]() Edit by : Qaseh Icon from : Omo! chu♥ & [7th Disorder!] Software : Photoshop CS5 Image from : we♥it
|
Monday, 16 April 2012, 0 SHINee
![]()
Kehidupan saya dahulu tidak pernah saya rasai seperti sekarang.Yang dahulu kehidupan saya dan keluarga begitu kekurangan dari semua keperluan yang kami ada.Tempat tinggal kami seperti rumah setinggan,Tetapi itu semua tidak menjejaskan kami.Ayah seorang mekanik kereta.Telah lama menguruskan pekerjaannya sejak bertemu dengan ibu saya.Saya dan adik-beradik saya teruskan tanggungjawab sebagai seorang anak dan pelajar.Abang saya masa itu berumur 16 tahun manakala kakak saya berumur 11 tahun.Saya pula berumur 6 tahun dan masa itu saya mempunyai adik kecil 3 tahun.Perangai saya masa itu memang susah nak nafikan saya memang sangat nakal.Sering kali dimarahi oleh ibu akibat kenakalan saya..Pada tahun 2004,sesuatu yang menimpa kepada kami.Ayah sedang sibuk membeli makanan diluar.Rumah dan bengkel ayah kami terbakar akibat jiran bengkel ayah berlaku masalah litar pintas.Kami hanya sehelai sepinggang dan tidak sempat mengambil barang berharga.Ayah balik dan terkejut dengan apa yang belaku dan menangis.kami semua sedih sangat.Dan kami ditempatkan tidur di dewan berdekatan dan mendapat sumbangan pakaian dan lain-lain.
Sejak itu la Kami amat berasa betapa susahnya dahulu.Saya bukan datang dari orang yang senang.Tetapi,Allhamdulillah.Sekarang kami sudah hidup dalam kesenangan,gembira dan bahagia.Boleh katakan hampir setiap hari rezeki datang melimpah-limpah.Tapi kalau dah banyak apa nak buat dengan duit itu?Tetapi kena ingat bahawa ada batasnya.Memang kita hendak kepuasan yang maksimum.Tapi masa yang sama Allah sedang menguji kita.Nak tengok wayang,pergi rombongan, atau lain-lain mak dan ayah sering kali bagi tapi sentiasa ingatkan saya kita perlu sentiasa bersyukur.Kami bukan datang dari keluarga yang senang dan keluarga yang pakar komputer.Semua kekayaan ini datang daripada-Nya dan sekarang bengkel ayah saya bertambah maju.Dan Insyaallah saya akan menaikkan kemajuan bengkel ayah saya suatu hari kelak,Insyaallah .Sekarang hidup kami semuanya berubah dengan sekelip mata.Dan saya percaya bahawa setiap musibah yang berlaku pada kita,Insyaallah nikmat pula yang akan kita nikmati. |