+Follow or +Home
Arul punya citr lah!!


Hello Fellas. Welcome to my awesome blog. I hope U likes my blog. I just make a simple blog. If U want to follow mine, Thanks. Insya Allah, I will folow u back soon. Visit mine. I will make a new entry when I have a free time :)

Owner Stuffies Entries Friends


Sila gunakan perkataan yang baik di shoutbox saya. Jangan memaki hamun sesuka hati. Jangan mengutuk saya. Thanks kepada yang mengikut peraturan.


put your shoutbox !!




Edit by : Qaseh
Icon from : Omo! chu♥ & [7th Disorder!]
Software : Photoshop CS5
Image from : we♥it




suka Dan duka
Monday, 30 April 2012, 0 SHINee



#Pertama sekali,saya hendak mohon maaf 
kerana lewat mengupdate blog pada teman hati saya#
Minggu ini saya lalui dengan pelbagai pengajaran 
dan kesannya terhadap diri saya.Banyak yang saya
peroleh peringatan kepada saya.
Masih banyak lagi ilmu yang perlu saya belajar dan saya banyak lagi kelemahan.
_________________________________________________________________________________

Pada minggu lepas,saya dan keluarga saya pergi ke majlis kenduri kahwin anak kawan ayah saya.Yang peliknya,majlis tersebut diadakan pada waktu malam.Pada malam tersebut mak suruh saya pakai baju kemeja.Saya pun tak tahu mengapa.Semua lelaki pakai baju kemeja kecuali adik la.Majlis itu berlangsung di sebuah dewan tertutup.Sebaik sahaja masuk ke dalam dewan.Rupa-rupanya majlis perkahwinan ini  anak kepada seorang Dato'.Atototo..Majlis mereka memang meriah dengan pancaran lampu cerah terus kepada pasangan pengantin dalam suasana yang gelap gelita.Betapa untungnya pasangan tersebut.baju pengantin pun tak kurang mahalnya.Beautiful and Awesome.Makanan di hidangkan oleh pelayan catering.Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam majlis perkahwinan yang bertaraf kelas pertama.#suda berangan-angan da..huhu#

_________________________________________________________________________________

Di sekolah pula,perasaan kesunyian kembali ke pangkuan saya ketika berada di dalam kelas.Saya masih belum jumpa lagi kawan yang boleh saya percayai.Kadang kala saya termenung keseorangan untuk memikirkan bagi  meneruskan sekolah saya di situ lagi atau pindah ke sekolah yang baru untuk bersama semula kawanII saya semasa sekolah rendah.Tapi di sekolah itu ramai cikgu telah saya pikat untuk di berikan sepenuhnya perhatian semasa belajar.Tetapi saya terfikirkan juga kalau ke sekolah baru mungkin akan mengambil masa yang lama juga untuk menjadi perhatian.Saya menjadi keliru dan susah untuk buat keputusan.memang susah saya buat keputusan yang tepat.Sekarang aktiviti kokurikulum saya di sekolah sudah terus merudum ke bawah kerana di sini saya tiada minat untuk menyertai aktiviti koko.Dulu saya bermain bola memang hebat sehingga seseorang yang saya sayangi memuji saya.(ku rindu pujian itu)Tapi sekarang tidak menyertainya lagi.Jika bermain pun, bermain futsal bersama kawanII yang rapat tapi kena tunggu untuk mereka pulang dari asrama.Ini menunjukkan bahawa semua keadaan saya sudah berubah sama sekali.#ku inginkan semula kehidupan ku dahulu#

________________________________________________________________________________

Sudah banyak kali saya telah melihat ibu saya menangis di depan saya.Saya kasihan sangat kerana banyak masalah yang datang pada ibu saya.Perkahwinan abang saya semakin hampir semuanya perlu di selesaikan dengan segera.Kadang kala ibu hendak menjauhkan diri dari kami kerana tidak tahan dengan masalah yang dihadapi..Tapi kasih sayang seorang ibu tak akan hilang kepada keluarganya..percaya la..Demi untuk jaga keharmonian keluarga kita.Janganlah kita sombong dan tidak bertegur sapa anatara satu sama lain.Banyak nasihat yang saya peroleh dari ibu saya.Saya sayang sangat ibu saya..Ilebiu <3

_________________________________________________________________________________

Tapi saya duduk di sini banyak jugak saya belajar mengenai baiki kereta daripada ayah saya.Saya buat keputusan untuk bekerja sementara jika waktu cuti sekolah atau tiada aktiviti selepas sekolah.Insyaallah dengan izin Allah akan saya meneruskan lagi perniagaan ayah saya lagi bersama orang yang saya sayangi.(Ku memohon kepada Mu).Walaupun kerja ini beratII.Saya akan cuba lakukannya dengan hati yang ikhlas.Alhamdulillah setiap hujung minggu saya akan mendapat upah hasil titik peluh saya.Ini lah harapan dan impian saya di masa hadapan.Insyaallah.Saya amat gembira buat kerja ini yang memberikan banyak faedah pada saya dan dapat mengeratkan lagi hubungan saya dengan keluarga.


<--Older Post | Newer Post-->