+Follow or +Home
Arul punya citr lah!!


Hello Fellas. Welcome to my awesome blog. I hope U likes my blog. I just make a simple blog. If U want to follow mine, Thanks. Insya Allah, I will folow u back soon. Visit mine. I will make a new entry when I have a free time :)

Owner Stuffies Entries Friends


Sila gunakan perkataan yang baik di shoutbox saya. Jangan memaki hamun sesuka hati. Jangan mengutuk saya. Thanks kepada yang mengikut peraturan.


put your shoutbox !!




Edit by : Qaseh
Icon from : Omo! chu♥ & [7th Disorder!]
Software : Photoshop CS5
Image from : we♥it




Luahan Seorang Ibu
Monday, 4 June 2012, 0 SHINee



Hello Bloggers,
^_^"



Hari ini sekali lagi dalam hidup saya melihat airmata seorang ibu yang amat saya sayangi.Pada mulanya dia menanyakan kepada saya"Apus , bila kau nak besar nie?"Saya rasa seperti terkejut dengan pertanyaan dia.Dan dia teruskan katanya dengan berkata"Ama nie bodohkan?"Terdetik hati saya dengan perkataan tersebut.Saya terus duduk bersila di lantai manakala dia sedang menitiskan air matanya dengan mengimbau kembali lukanya dahulu kelak.Yang seperti "Luka dahulu berdarah kembali".Saya mengimbas kembali kisah dahulu yang saya dimarah olehnya dan saya lari dari rumah buat seketika kerana tidak tahan dengan asakan dia.Tetapi ramai orang akan kata kita tak akan tahan apabila dimarah oleh seorang ibu.Sampai kita sendiri ada merasakan ingin lari ,bunuh diri dan lain-lain.Tetapi disetiap kemarahan itu ada kasih sayangnya ,peringatannya dan pengajaran.Saya memang jahat saya mengaku.Kadang-kala melawan kata dia tetapi dia terima dengan hati yang redha.Dia sanggup tahan tetapi jikalau kita kita akan melawan semula.Betol tak?Inilah pengorbanan seorang ibu yang kita katakan kita sayangi tetapi pernahkah kita buktikan?

Kehidupan saya dahulu memang susah daripada sekarang.Dengan setiap hari akan selalu sahaja seseorang kena marah.Tetapi pernah saya sedari bahawa seorang ibu itu memarahi kita kerana ia hendak memperbetulkan kita dan ingin kita menjadi orang yang berguna serta pandai berfikir.Mesti selalu seorang ibu itu mengajak kita membuat sesuatu kerja.Apakah sebabnya?Itu lah tanggugjawab seorang ibu untuk mendidik anaknya menjadi insan yang berguna.Bak kata pepatah"meluntur buluh biarlah dari rebungnya".Saya tahu memang semua orang akan faham dengan peribahasa ini.Tetapi jikalau kita tidak meluntur buluh itu dari rebungnya ia akan bertumbuh dengan lurus sahaja.Sama la jugak pada manusia.Kalau ibu dab ayah tidak mendidiknya dari kecil.Memang besar kepala lah insan itu.

Kita hidup ini tidak lama sekelip mata sahaja semuanya sudah tiada.Kita perlu ingat itu.Syurga ditapak kaki seorang ibu.Tetapi ibu selalu akan merasa diri seperti bersalah dengan perkara dia lakukan terhadap anaknya.Kita tak tahu isi hati seorang ibu itu.Walaupun kepada suaminya.Ingat tak lagi sejak kita dilahirkan ibu kita sanggup berkorban untuk melahirkan kita.Dengan susah payahnya.Jika tidak berlaku la gejala pembuangan bayi ini.Kita seorang anak patut rasa bersyukur sangat kerana dapat kita hidup didunia ini, dapat keluarga yang bahagia, ramai teman dan kehidupan yang selesa.Kita perlu ingat setiap perkara yang dimarahi oleh ibu kita ada sebabnya.Dia ingin kita gembira .Tapi janganlah kita lupa jika kita hendak membuat sesuatu kerja itu berfikirlah secara rasional ingat kembali peringatan yang diberi oleh ibu kita.

Jika kita seorang lelaki,bila dewasa kelak memang tanggungjawab kita seorang suami mencari nafkah untuk keluarga.Memberikan keseronokan, kebahagiaan, keselesaan dan lain-lain.Ini hanya peringatan dari saya dan saya pentingkan ia.Jika seorang ibu itu mempunyai anak lelaki mesti ibunya hendak sangat anaknya itu menjaganya.Selain itu, kalau kita seorang perempuan memang kerja seorang isteri membuat kerja rumah seperti lipat kain, menyapu rumah, sidai kain, masak dan lain-lain.Itu lah kerja yang akan dilalui oleh seorang perempuan.Oleh itu, Jika seorang ibu itu mempunyai anak perempuan mesti ibunya hendak sangat anaknya itu menjadi isteri yaang mithali, bertanggungjawab dan pandai membuat kerja rumah.

Oeh itu,ingin saya tekankan terutama kepada diri saya sendiri.Setiap apa yang ibu mengarahkan.Itu semuanya bukan kearah keburukan.Ibu mana yang hendak merosakkan anaknya.Dengan terjadinya perkara ini.Telah saya azamkan pada diri saya agar saya dapat menjaga ibu dan ayah saya sutau tua kelak seperti mana mereka menjaga saya dari kecil hingga menjadi anak yang berguna.Jaganlah kita musnahkan harapan mereka.Biarlah kita membuat mereka ketawa, gembira dan bahagia berdamping keluarga.Zaman sekarang memang susah mencari anak yang benar-benar baik terhadap anaknya.Tak tahu la pada zaman akan masa depan bagaimana anak melayu.Oleh itu,kita perlu ambil berat perkara ini supaya anak yang baik tidak akan lenyap di makan bumi.

Sekian.

*maaf jikalau ada yang membuat terguris hati kerana ini memang penting bagi seorang anak* 


<--Older Post | Newer Post-->